Sabtu, 19 Januari 2013

GALERI BURUNG

APA KEBAIKAN TULANG SOTONG KEPADA BURUNG

Tulang sotong (cuttlebone) adalah salah satu bahagian dalam sotong.
Tulang sotong ini kaya dengan sumber kalsium,sodium klorida,
kalsium fosfat dan garam magnesium yang boleh memberi
kebaikan kepada burung dan ianya sumber yang amat penting dalam
pembentukkan tulang dan telur, serta membantu dalam proses
membina sistem saraf dan otot-otot. Sumber kalsium ini amat penting
untuk burung betina apabila ingin bertelur. komponen asas terkandung
 dalam tulang sotong terdiri daripada carbonate(85%). ini adalah sumber
 utama yang terkandungan pada kulit telur dan ia dapat membantu
pergerakkan telur yang baik keluar daripada rahim si ibu dan seterusnya
membantu menguatkan cengkerang telur yang terbentuk bagi menjamin
benih dan anak yang ada dalam telur sentiasa sihat. sumber kalsium ini
juga dapat menyehatkan si ibu dan ayah kerana kandungan2 berzat
 yang terdapat didalamnya dalam mengelakkan pelbagai jenis penyakit
 kepada induk.jika sayang burung2 anda sila2 lah memberikan mereka tulang sotong ni....
tulang sotong ni boleh diperolehi dari tepi2 pantai atau datang sendiri ke kedai burung untuk membelinya dan biasanya ia dijual disabah rm10 dan didalamnya terdapat dalam 5-6 ketul..kalau dibrunei RM3 untuk seketul....harga bagi tulang sotong ini mengikut pandangan dan penelitian dari penulis semakin hari semakin naik harganya so baik anda beli banyak2 dan simpan sebagai stok macam saya nie..hehehehheh






KEBURUKAN KANGKUNG KEPADA BURUNG

kangkung...memang bagus..banyak khasiat kangkung kepada burung tidak kiralah budgie kah, love bird kah, cocktiel kah, apa2 saja lah jenis burung sebab kangkung atau apa sahaja tumbuhan hijau yang banyak khasiat mampu memberikan kebaikan kepada burung2 anda dari aspek berikut :

1. Pencernaan
2. Bulu yang cantik (warna anak naik andai keperluan gizi dalam kangkung ni seimbang dan baik)
3. kadang2 burung akan bermain dengan batang kangkung dan bagus untuk paruh mereka. 

tapi...ada keburukan kangkung ni..bukan untuk induk tapi untuk baby yang baru menetas...biasanya kalau anda letak kangkung dalam aviary induk akan lebih utamakan kangkung tu daripada wallet white tu ataupun bijirin asas ...mereka akan kunyah dan telan selepas itu jantan akan suapkan kepada betina untuk diberikan kepada anak2 di sarang...keburukannya adalah

1. kangkung yang telah dikunyah itu akan dimuntahkan semula oleh si ibu lalu anak2 akan memakannya. sesuatu yang buruk akan berlaku andai si ibu memuntahkannya dan kangkung2 itu yang telah cair dikunyah akan melekat di kepala dan badan anak2 dan kemungkinan besar akan menyebabkan hidung baby tertutup dengan cebisan kangkung yang telah dikunyah tu..kalau bijirin tu induk akan memuntahkannya dalam keadaan yang tidak terlalu cair tapi kangkung atau apa sahaja daun akan dimuntahkan dalam keadaan cair...tidak percaya try lah..sebab perkara ini berlaku kepada baby2 budgie dan LB saya..ada yang mati dan yang dapat diselamatkan hanya beberapa ekor sahaja setelah daun2 yang melekat di kepala dan hidung mereka ditarik....

2. kangkung akan menyebabkan najis anak2 burung menjadi cair dan tidak sesuai dalam sarang....cair akan menyebabkan kawasan sarang lembab dan berair..itu akan mengundang hama dan kutu...paling teruk kalau semut yang menyerang...so..perhatikan anak2 kesayangan anda..... 


















GALERI OTAI


 MALAM TAHUN BARU 2013